LiA_AkHma

Sunday, December 19, 2010

~::CINTA::~

Di bumi kuberdiri

Dipayungi langit nan tinggi
Kumencari cinta sejati
Yang kekal dan abadi



Dan kupasti cinta itu
Hanya pada-Mu oh Tuhanku
Tertumpahnya segala rindu
Yang kudus seputih salju



Jika tiada kasih dan rindu
Pada-Mu oh Tuhan Yang Satu
Dunia yang indah terbentang luas
Bagai dirundung awan hitam





Namun hamba insan lara
Terbias jua cinta dunia
Yang palsu dan memperdaya



Semoga kasih dan rindu itu
Kan bersatu di dalam kalbu
Merimbun mekar di hati
Seharum wangian kasturi



Dihujung pena,

~::10 peringatan bumi::~



Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.



"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:

"Segerakanlah berbuat amal kebajikan,sebelum datang bencana yang bagaikan malam yang gelap-gelita.Pagi-pagi seseorang masih mukmin,tetapi bila hari petang dia kafir.Atau petang hari dia mukmin,pagi hari dia kafir.Dijualnya agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia" (Riwayat Muslim)


Hadis di atas merupakan suatu arahan dari Rasulullah s.a.w kapada umatnya agar bersegera,atau dengan kata lain jangan bertangguh-tangguh lagi untuk berbuat amal.Berbuat amal kebajikan boleh juga difahamkan melengkapkan diri dengan iman dan taqwa yang teguh serta jitu.Juga melengkapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya.


Ini disebabkan kita akan menghadapi suatu fitnah atau bala ataupun ujian yang amat dasyat.Diibaratkan datangnya ujian itu ialah seperti malam yang gelap gelita yang bermaksud ujian itu akan menimpa seluruh umat Islam.Hanya orang yang kuat iman dan taqwanya sahaja mampu menghadapi ujian tersebut.


Bagi orang yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat serta tidak takin dengannya,kedatangan ujian tersebut akan merosakkan imannya.Nauzubillahi min zalik.Kerapuhan iman seseorang pada waktu itu akan menyebabkan di waktu petang dia kafr sedangkan di waktu paginya dia masih mukmin.Ataupun dia boleh kafir pada waktu pagi sedangkan di waktu petang dia masih mukmin.


Di zaman mutakhir ini,banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir ataupun dengan erti kata lain murtad.Contohnya,sekiranya seseorang itu bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa undang-undang Islam sudah tidak sesuai digunakan di zaman moden,maka batallah aqidahnya.Undang-undang Islam itu datangnya dari Allah,Tuhan yang bersifat dengan sifat Kamalat(Kesempurnaan).Sudah tentu undang-undang yang diciptakan-Nya itu sempurna,tiada cacat-celanya dan sesuai sehingga ke hari kiamat.Mengatakan undang-undang Islam itu tidak sesuai,samalah dengan mengatakan bahawa Allah itu bersifat dengan sifat kekurangan.Maha Suci Allah dari sifat kekurangan.


Selain itu,umat Islam sendiri sudah berani menjual agamanya sendiri kerana inginkan habuan dunia yang sementara.Contohnya melakukan rasuah.Nabi telahpun menegaskan bahawa rasuah itu haram hukumnya.Tetapi disebabkan cintakan dunia,mereka sanggup melakukan rasuah.Inilah yang dikatakan menjual agama kerana dunia.


Atau seseorang yang inginkan pangkat dan kedudukan.Contohnya ulama' dunia.Kerana mahukan pangkat dan nama,golongan ini sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.Tetapi asalkan mendapatkan habuan dari golongan atasan,mereka sanggup lakukannya.


Oleh itu,marilah kita sama-sama mengambil tindakan seperti yang diperintahkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.Segeralah meningkatkan amal kebajikan.Mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan kita dari bahaya fitnah tersebut.

Thursday, December 9, 2010

~::GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA::~



Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."



Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w.selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t.  menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.


Dihujung pena,
SeLaMaT dAtAnG Ke BlOg SaYa...



Dihujung pena,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...